SMK SULTAN IDRIS SHAH 11

Lembang kebanggaan buatku ,tempat mendidik, jatuh dan bangun, suka dan duka selama hampir 7 tahun . Begitu banyak yang aku belajar erti kehidupan, kasih sayang dan persahabtan, tidak terungkap segalanya dengan kata-kata . Tempat kita bersekolah dulu, pasti adalah pengalaman yang terindah kerna tidak perlu fikir pelbagai benda dan perkara. Dulu waktu zaman persekolahan, menjadi atlet sekolah adalah satu lambang yang menjadi kebanggaan para pelajar kerana kita boleh mengenali ramai orang didalam sekolah dan luar sekolah apabila mewakili sekolah atau daerah ke mana-mana peringkat.  Saya waktu disekolah menyertai bola jaring sekolah dan wakil hoki untuk sekolah kerana itu adalah minat saya, menjadi pintar itu satu kewajipan tetapi tubuh badan yang sihat dan sihat juga adalah satu keperluan dalam hidup kita agar tidak mudah untuk mebdpat penyakit . Tambahan pula ,waktu di sekolah dulu guru ada menyatakan bahawa pelajar suka lebih cenderong untuk hidup berdikari meskipun diletak dimana-mana tempat.   Dan saya akui pernytaan ini kerana dalam bersukan kita belajar untuk bekerjasama ,saling membantu dan belajar untuk yakin pada diri agar dapat membantu rakan dan memenangi sesuatu permainan.  selain itu , saya rasa sebagai pelajar sekolah kita perlu menceburi pelbagai bidang agar setiap yang di pelajari dapat dijadikan satu medium untuk asa yang mendatang. Aku menyertai pelbagai aktiviti kelab, persatuan ,permainan dan sebagainya.  tapi mencari pengalaman itu Bagus, tetapi pelajaran juga jangan ditinggalkan dan saya bersyukur dengan kehidupan yang telah dimiliki.

Comments

Popular posts from this blog

Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian, UKM

ASAS KEMAHIRAN MENOLONG

IMPIAN