ASAS KEMAHIRAN MENOLONG
Apa itu pertolongan? Menolong ? Pelbagai aspek pertolongan yang boleh kita lakukan dan tafsirkan tetapi, menolong dalam konteks yang saya ingin sampaikan adalah pertolongan dalam aspek psikologi iaitu emosi serta pertolongan yang melibatkan aspek kaunselor. Sebelum kita ingin membantumembantu atau menolong kita perlu mengambil kira pelbagau aspek iaitu diri individu tersebut ,diri kita ,persekitaran ,masalah serta pelbagau lagi .
Tidak semestinya hanya kaunselor sahaja yang boleh membantu orang lain, kita juga boleh tapi perlu mengambil kira beberapa aspek ,sebagai seorang yang ingin menolong kita perlu mempunyai ciri tersebut iaitu-:
a) Mesra
b) tenang
c) berfikiran terbuka
d )Pendengar yang baik
Kemesraan itu paling penting supaya orang yang ingin menceritakan masalah berasa selesa untuk menceritakn masalah merekamereka. Tambahan pula ,seseorang itu juga perlu menjadi pendengar yang baik keranan orang yang bermasalah ini sebenarnya mempunyai pelbagaj jalan dan pilihan yang dipilih jadi mereka hanya perlukan pendapat bukan keputusan. Keputusan perlulah dipilih oleh individu itu sendiri kerana dia yang akan melalui ,dan kita sebagai sahabat ,guru, kaunselor dan sebagainya hanya berhak untuk memberi dia pilihan kerana mereka perlukan sokongan dan dorongan .
Seorang pembantu ataupon oarang yang ingin menolong perlukan bijak memainkan situasi dan menarik perhatian induvidu tersebut contoh melalui gerak badan, bahasa ,dan gaya percakapan . Kerana faktor ini adalah amat penting supaya mereka dapat mempunyai pilihan dalam masalah yang dihadapai ,Tiada kesan buruk dalam membantu orang lain, malahan ia mendatangkan pelbagai kebaikan dalam kehidupan kita
Comments
Post a Comment