Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian, UKM

 Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian adalah merupakan khusus yang ditawarkan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM.  Saya amat beruntung kerana dapat melanjutkan pelajaran di dalam bidang ini, terutama di UKM khususnya kerana ini adalah impian saya.  Dalam khusus ini terbahagi kepada 6 majoring utama iaitu
1.Ekonometrik dan Statistik Gunaan
2.Ekonomi Monetri dan Fiskal
3.Ekonomi Islam
4.Ekonomi Industri dan Antrabangsa
5.Ekonomi pembangunan dan sumber manusia
6. EKonomi sumber dan alam sekitar

Khusus majoring hanya ditawarkan pada tahun 2 di semester 1 tetapi tidak dilupakan khusus fakulti yang wajib kami ambil . Jadi ini amat baik dan Bagus kerana kami boleh mendapat banyak kelebihan yang fleksible iaitu mempunyai banyak pengetahuan yang lebih mendalam kernan terdapat sesetengah universiti yang hanya memfokuskan majoring sahaja selepas tahun 1. Tetapi ukm tidak memisahkan antara 2 bidang ,malah menambah lagi khusus dengan modul yang bakal diambil.
Pada tahun 1, kami semua perlu mengambil subjek yang sama cuma pada semester yang berbeza untuk melihat kelebihan yang kamikami, dibahagian mana sahaja.

Ekonometrik dan statistik lebih kepada pengiraan data iaitu dengan 70% pengiraan dan 30% teori. Ini merupakan modul yang Agak sukar sedikit bagi yang minat membaca tetapi amat Bagus Bagi yang minat pengiraan.  Dalam modul ini pelajar pelulah mendapat keputusan A dalam matematuk untuk perniagaan dan statistik dalam perniagaan.  Tetapi untuk modul lain  kebanyakkanya adlah teori iaitu dengan 70% teori dan 30% pengiraan. Bagi pelajar yang minat akan makroekonomi dan mikroekobomi disarankan untuk mengambil ekonomi monetri dan fiskal kerana di situ para pelajar akan mempelajari dasar-dasar negara . Ekonomi islam lebih kepada 50% perbankan dan 50% teori kerana berkaitan zakat, baitulmal dan sebagainya. Ekonomi industri dan antarabangsa berkaitan ekonomi dalam dan luar negara .Ekonomi pembangunan dan sumber manusia adlah dalam skop membangunkan negara dan tenaga buruh .Akhir sekali ,ekonomi sumber dan alam sekitar adlah berkaitan ekonomi pertanian dan sumber alam.

Comments

  1. Assalamualaikum,course economy UKM belajar dalam english ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ASAS KEMAHIRAN MENOLONG

IMPIAN