Seminar Pemerkasaan Keusahawanan keluarga
Seminar ini melibatkan gabungan daripada CESMED UKM yang ingin membantu para pelajar agar terlibat dan mengembangkan dunia perniagaan. Perkara yang difokuskan dalam program ini adalah keushawanan keluarga iaitu legasi perniagaan keluarga yang perlu dipertingkatkan. Perniagaan keluarga dapat menjadikan kita lebih semangat dan kuat untuk mengembangkan perniagaan kerana mendapat pertolongan dan dorongan daripada ahli keluarga sendiri. Ahli perniagaan yang hadir juga bukanlah orang lain tetapi hasil sokongan daripada UKM sendiri
Salah satunya ialah perniagaan FAST TO PRINT yang dihasilkan daripada pelajar Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan sendiri dan sudah mempunyai dua cawangan dan beliau juga akan membuka cawangan di tempat lain. Kejayaan beliau juga disebabkan sokongan daripada isterinya merangkap pembantu dalam pengurusan perniagaanya. Selain itu, kejayaan Puan Aida juga hasil daripada sokongan ahli keluarga terutama sekali ibu dan bapa beliau yang mempercayainya untuk membuka sebuah "GYM" meskipun beliau bukan seorang atlet mahupun pelajar perniagaan. Idea beliau untuk menubuhkan perniagaan tersebut kerana memandang berat tentang penjagaan masyarakat setempat. Seterusnya, adalah "TISHA FOOD MANUFACTURING" beliau bermula daripada kegagalan sebelum mencipta nama dan kejayaan. Saya amat kagum dengan semangat dan keketalan jiwa beliau meskipun ditipu beribu-ribu ,beliau yakin dengan rezeki ALLAH. Satu pesanan yang saya ingat dari beliau " Jangan fikir atau cari jalan untuk selesaikan masalah,kerana ujian dan masalah datang dari Allah,maka hanya DIA yang boleh selesaikanya". Pada awal beliau ditipu dan berasa amat tertekan,beliau menghabiskan banyak masa mencari pelakunya. Sampai satu tahap,beliau berserah pada ALLAH ,DIA terus membuka jalan menemu si pelaku. Malahan, dengan keketalan jiwa beliau bermodalkan RM300 untuk memulakan kejayaan dan kini beliau berjaya mencipta nama.
Comments
Post a Comment