PASTI ANAK SYURGA

Indahnya saat mula pekerjaaan disini, disni mengenal erti kesabaran dan kegembiraan kerana begitu banyak telatah,kerenah dan perangai anak-anak syurga. Ini adalah tempat pembelajaran yang terbaik untuk aku belajar erti sebuah kehidupan. Aku sangat beruntung dan bertuah mengenali kenakalan mereka, kemanjaan mereka dan aku tidak pernah rasa jemu untuk bergelak ketwa dan bermain dengan mereka. Bersama mereka menyebabkan akau lupa tentang masalah yang membelengu ,  Andai peluang ini datang sekali lagi, akan aku gapai peluang itu hingga ke akhirnya. 8 bulan disni adalah 8 bulan yang bermakna. mengajar aku lebih erti menepati masa, keikhlasan dan kesabaran. Sunnguh banyak program dan aktiviti yang dilakukan sehari demi sehari.
Aku mengajar mereka dan mengajar diri aku juga, seawal pagi pukul 7pagi mereka sudah didedahkan untuk mengaji bersama guru secara individu, aku sunnguh kagum kerana ada seawal 6 tahun sudah pandai mengaji al-quran dan seterusnya diterapkan dengan hafalan hadis dan kisah kepada mereka ditambah dengan bacaan juz amma. Seterusnya mereka akan bersama secara beramai-ramai di dalam talam , mendidik mereka bukanya secara langsung tetapi secara tidak langsung juga . Kemudian mereka akan masuk ke kelas masing-masing belajar math, sains, bi , bm dan sebagainya. Sebelum pulang mereka akan berkumpul semula untuk bacaan dan hafalan surah al-mulk. sungguh terisi hari mereka dengan rutin dan amalan yang mulia. kebaikan yang diperolehi juga mendapat manfaat bersama. Semoga mereka menjadi anak syurga yang hebat dan memberi kebaikan kepada orang lain pada suatu masa kelak. aamiin

Comments

Popular posts from this blog

Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian, UKM

ASAS KEMAHIRAN MENOLONG

IMPIAN