MERDEKA


MERDEKA, lain rasanya pada tahun 2017 bersama anak murid dan sungguh lain sambutan di peringkat tadika untuk kanan-kanak berbanding di sekolah dulu, Begitu semangat dan aktif mereka ini, meskipun tidak kenal MERDEKA yang sebenar di usia kecil. Penerapan tentang semanagt kemerdekaan sudah diterapkan sejak mereka kecil . Cantik dan Indah busana mereka, untuk kali pertama aku tengok dengan mata sendiri dan kemerdekaan itu dekat dihati. Pengalaman ini amat indah yang akan dikenang sehingga akhir zaman. Menjadi pendidik adalah hal yang terindah dan istimewa.

Merdeka itu buka sahaja diluaran tapi dijiwa dan dalaman, bebas dari segalanya . Merdeka itu bukan bebas dari penjajah juga maksudnya tapi bebas dari segala gejala negatif yang membinasakan kita. Merdeka itu bukan sahaja namanya berjuang dan perjuangan tetapi juga perjuagan untu diri kita memertahankan maruah dan agama diri. Jika kita nilai erti sebuah perjuangan ,banyak kisah dan makna dalam ertinya. Pertahankan negara dari kebinasaan dan membinasakan , Hargai setiap titi peluh dan darah perjuangan ,sungguh mahal erti keamanan yang kita perolehi pada hari ini. Janganlah kita saling bermusuhan disebabakan hal yang kecil , Jagalah hubungan setiap insa, hormat perpaduan yang ada di negara kita, Iaitu Malaysia. Terima kasih untuk segala pengorbanan nenek-moyang kita, tanapa mereka.Kita pasti takkan kenal erti keamananan.

Comments

Popular posts from this blog

Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian, UKM

ASAS KEMAHIRAN MENOLONG

IMPIAN