Malam Penghargaan Urusetia Pembangunan Sumber Manusia
Ini adalah malam yang amat bermakna sepanjang di UKM Kerana saya menjadi pengacara majlis "informal" untuk kali pertama dan saya belajar banyak hal dan perkara. Tambahan pula ,saya memenangi anugerah dan rasa sangat bertuah dan dihargai sepanjang saya berada di dalam kelab ini . Malam itu ramai yang segak dan cantik dan kami meraikan para senior yang akan menamatkan pembelajaran mereka . Senior amatlah hebat ,saya berasa sangat kagum dan bertuah kerana berpeluang untuk mengenali mereka dengan amat rapat. Malam itu saya dan rakan-rakan perlu membuat persembahan, jadi kami memilih hanya untuk menyayi sahaja. pelbagai juadah yang disediakan tapi malang untuk pengacara majlis selalunya akan menguruskan majlis jadi saya tidak bersempatan untuk makan bersama rakan-rakan . Rasnya lain masa ,dan tahun baru berkesempatan . Kami habis dalam 1 pagi dan baru sempat saya makan. Terima kasih kerana ramai yang membantu saya . pada hari sebelum kami "rehearsal " sehingga jam 4:30 pagi dan itu amat memenatkan. Tapi kepenatan itu berbaloi kernan pengajaran dalam kehidupan adalah pengalaman yang baik.
Comments
Post a Comment