Kursus Fasilitator UKM
Kem yang terbaik yang tak pernah saya pergi. Selama 7 hari 6 malam bersama kelurga Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) ,UKM. iaitu 4 hari 3 malam di Melaka dan 3 hari 2 malam di Pahang . Semasa di melaka keketalan mental kami diuji dan di pahang kecergasan kami diuji. sungguh pengamalan ini amat terkesan di hati saya, kenanagan yang takkan saya lupakan di melaka adalah kami perlu 'survive' sendiri di kota raya . Dengan hanya dibekalkan ic ,bendera malaysia ,duit RM 60 dan sarapan kami .Kami perlu melakukan beberapa task untuk menyiapkan tugasan. Kami perlu mengadakan duit sebanyak 2 kali ganda. Pada awalnya kami bersarapan terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Kami perlu ke muzium islam melaka dan melukis mercu yang dapat kami lihat distu kami juga perlu menceritakan tentang muzuim kepada pelancong asing dan tempatan dan kami perlu mendapatkan bukti bahawa kami telah menceritakan tentang muzium tersebut. Kemudian kami perlu pergi ke jongker walk untuk mencari makan Hang Kasturi dan mencari sejarahnya, malangnya kami tidak berjaya mendapatkan sebarang maklumat. Kami telah menjumpainya makan tersebut di tengah Jongkee walk. .Kami bertanya kepada orang yang ditu ,tetapi mereka juga tidak mengetahui tentang sejarahnya. Setelah selesai di situ ,kami berasa teruja dan gembira kerana dapat menemu bual pelancong dari pelbagai negara sambil menunggu bas untuk pergi ke melaka centre dan pergi ke tanjung batu tiga untuk mencari kampung bukit salleh. Namun kami salah menaiki bas dan terpaksa berlari sejauh hampir 7 km . Kami mencari peluang untuk menumpang orang tetapi susah untuk kami menaiki bas atau lori secara percuma kerana telah kehabisan duit. Jadi kami berlari pada pukul 1 tghari ,kerana kami perlu sampai ke kem sebelum pukul 4 petang. Alhamdulillah ,ada seorang kakak yang sudi tumpangkan kami untuk menuju ke kampung tersebut .Urusan kami dipermudahkan ,dan memperoleh wang sebanyak 100 ringgit kerana melakukan kebajikan tetapi kami tiada pula pengangkutan untuk balik ke kem. Jadi kemi terpaksa berjalan dan berlari sejauh 3.5 km.. Kami gagahkan diri ,sungguh kepenatan itu terasa. Namun itulah pengalaman bermakna . Kerna banyak yang kami pelajari iaitu pengamalan berkomunikasi ,bekerjasama ,belajar untuk hidup sendiri . Mereka adalah pasukan saya yang telah banyak membantu sya .Semoga ikatan ini akan terus terjalin dengan manis sekali. !
Comments
Post a Comment