King cobra
Rumahku adalah rumah kampung, sudah banyak orang kampung yang mengatakan bahawa ada ular besar di kawasan sekitar perkampungan kami . Tambahan pula ,rumah kami memang berhampiran dengan kawasan penanaman pokok pisang, ad yang mengatakan pokok pisang adalah sejuk dan amat gemar binatang berbisa ini berehat di sini. Sedangkan kawasan penanaman pisanag adalah kawasan biran saya . jadi kami sekeluarga tidak boleh melakukan apa-apa melainkan mengemas dan bercuci di kawasan sekeliling rumah sahaja pada pagi tersebut. Pada petang hari ,sewaktu ibuku ingin mengangkat kain ,ibuku merasakan ad sesuatu yang bergerak di bawah "zink" . Jadi ibuku menjerit , dan nasib baik ayahku berada di rumah. Jadi aku dan ayahku pergi melihat apakah yang berada di bawah "zink" . Masa tu saya tidak berapa tahu ular ini, ular apa dan saiznya bagaimana kerana aku hanya melihat dari tepi dan ayah ku menyuruhku melihat akan pergerakan ular ini .Semantra ayahku pergi berjumpa orang kampung yang bekerja sebagai bomba untuk membantu .Aku tunggu di situ hampir 30 minit dengan ketakutan, nasib baik bomba datang tapi mereka tidak boleh melakukan apa-apa kerana perlatan yang dibawa tidak mampu untuk menangkap atau menewasakan ular ini, jadi orang kampung mulai ramai . Dan seorang tuan haji yang juga bekas tentera lalu distu dan berhenti . Beliau juga sangat terkejut melihat ular king cobra dengan saiz begini dan beliau pergi rumah untuk mengambil senapang. Dengan sekali tembakan ,tepat mengena pada ular tersebut . Sungguh hal ini sangat mengerikan kernan kami semua terkejut akan saiznya yang tak pernah dilihat .
Selepas kejadian itu, aku mulai tahu bahawa ular ini adalah antara ular yang berbisa dan mampu meyemburkan bisanya kepada manusia ataupun binatang yang lain. Dan ular ini mampu membunuh manusia dengan hanya beberapa minit sahaja .
Selepas kejadian itu, aku mulai tahu bahawa ular ini adalah antara ular yang berbisa dan mampu meyemburkan bisanya kepada manusia ataupun binatang yang lain. Dan ular ini mampu membunuh manusia dengan hanya beberapa minit sahaja .
Comments
Post a Comment