Keluarga angkat


Pengalaman ini telah banyak membuka minda aku untuk lebih mensyukuri dengan nikmat kehidupan dan kekelurgaan yang aku miliki, Bagitu banyak yang aku lalui, untuk merasai kehidupan orang yang dibawah kita .Kita perlu menduduki dan merasai sendiri dan kita akan sedar akan nikmat perjalanan kehidupan kita sendiri . Apa yang terkesan dihati adalah sikap anak ibu angkat itu sendiri selepas mendirikan rumah tangga ,jarang bertanya khabar dan pulang kerumah . Kita perlu sedar ,sesibuk mana pun kita dengan dunia ibu bapa lebih utama kerana mereka yang telah membesarkan kita dengar sempurna.  Begitu banyak pengorbanan yang tidak mampu kita balas ,aku yakin ibu bapa bukan inginkan wang ringgit dan harta tapi cukuplah masa dan kasih sayang oleh anak-anak mereka. Sungguh sedih apabila ibu bapa tidak lagi menjadi matlamat oleh seorang anak . Berpuluh tahun hidup dengan ibu bapa tetapi insan yang dikenali diutamakan.  Sudah baru memperoleh kerja yang baik dan elok, ibu bapa ditinggalkan ,adakah anda sedar bahawa yang menjadikan kita seperti hari ini adalah ibu bapa kita . Hormat dan hargai mereka seadanya kerana mereka adalah harta yang tidak akan berganti

Comments

Popular posts from this blog

Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian, UKM

ASAS KEMAHIRAN MENOLONG

IMPIAN