Gerik
Gerik merupakan sebuah daerah yang terpencil, meskipun jauh dari kota raya dan pembangunan yang tidak sehebat bandar lain tapi saya rasa berbangga kerana Gerik mempunyai pelbagai khazanah alam yang masih terbela dan terjaga ,udara yang segar dan nyaman amat sesuai untuk kawasan perkampungan dan terdapat pelbagai gunung ganang disana. Di samping itu ,Gerik juga adalah sesuatu kawasan yang unik kerana merupakan sempadan untuk ke negeri Kedah , Kelantan dan sangat berhampiran dengan negeri Pulau Pinang serta amat mudah untuk pergi bercuti ke Thailand. Jadi kedudukan yang unik memudahkan penduduk Gerik untuk bercuti dan melancong. Gerik semakin mendapat perhatian kerana dikenali dengan ramai pendaki gunung .
Ini adalah Gunung Kenderong dan Gunung Kerunai yang dikenali sebagai the twin peaks of Perak ( K2 ) antara 2 puncak gunung yang berdiri megah di kawasan Gerik, Perak. Gunung Kenderong yang berketinggian 1223 M dari paras laut melambai-lambai untuk didaki oleh orang ramai termasuk pendaki tempatan seluruh negara .
Ini adalah gunung pulut yang pernah saya tawan ,sangat indah kerana kita akan lihat karpet awan disini
Ini pula adalah Hutan Simpan Royal Belum yang mempunyai saiz 4 kali ganda Singapura dan masih belum diteroka 3/4 bahagian jarak nye hanya 50km dari Gerik ,saya pernah berpeluang untuk kesana oleh pihak sekolah ,dikawasan ini amat tenang dan damai, terdapat pelbagai haiwan yang boleh kita lihat seperti burung kenyalang ,gajah dan binatang di sana sangat sihat dan besar . Terdapat juga burung kenyalang dan pelbagai jenis burung yang sukar dijumpai. Saya rasa sangat bertuah kerana saya juga dapat melihat bunga Raflesia di sini. Terdapat pelbagai kisah juga yang kita akan dengar tentang kewujudan Royal Belum
Ini adalah Tasik temenggor dan tempat Jana kuasa Temenggong

Pandangan gunung kenderong yang sangat cantik

Comments
Post a Comment