DUNIA
Dunia..kehidupan yang sementara kerana ada lagi satu dunia yang perlu kita tempuh selepas kematian iaitu dunia akhirat merupakan tempat yang kekal selamanya. Kehidupan di dunia ini disangka indah ,namun tidak kerana dipenuhi dengan liku-liku perjalanan, onak duri dan pelbagai rintangan . Di sinilah tempat kita berpenat, tempat bercucuk tanam tempat mengumpul bekalan untuk kehidupan yang kekal kelak. Kadang, manusia leka dengan permainan dunia dengan penuh tipu daya. Dalam al-quran ada menyebut " Kehidupan dunia ini tidak lain kecuali permainan dan hiburan, sedang kampung akhirat itulah hidup yang sebenar, andai mereka mengetahui" surah Al-ankabut ayat 64.

Comments
Post a Comment