LGBT


Apa itu LGBT ?


L- lesbian
G-Gay
B-bisexsual
T-Transgender

Tidak perlu saya mengulas lanjut kerana saya pasti kita semua tahu maknanya. Perkara ini kian menjadi isu hangat di dalam negara serta luar negara. Gejala dan kegiatan ini bertentangan dengan sistem kehidupan normal seseorang manusia, akan tetapi mengapak ia telah menjadi suatu perkara yang biasa di dunia amnya dan Malaysia khasnya?Berikutan telah diuar-uarkan kelulusan penukaran gender terhadap lelaki atau perempuan di negara ini, gejala LGBT semakin menjadi-jadi dalam kalangan anak muda ibarat mengantuk disorongkan bantal. Tindakan golongan ini bukan sahaja memperlekeh kesucian agama Islam dan perundangan Malaysia, malah boleh menggugat ketenteraman awam dan keamanan agama. Mereka mengatakan itu adalah hak individu dan hak bebas mereka tapi kita lupa sebagai individu juga, hak itu mempunyai keterbatasan ,terutama sekali golongan islam.  Islam melarang keras isu ini kerana menyesatkan dari fitrah dan lumrah, qada dan qadar Allah.  Sebagai muslim, saya musyhkil berlaku perkara ini dalam kalangan umat islam. Dimanakah pegangan ? Dimanakah kekuatan ? Dimanakah tiang agama ? Ingat bila kita jatuh, Cari Allah!  Bila kita terbang tinggi , Cari Allah!  Sebagai orang islam pelbagai langkah yang kita boleh lakukan untuk mencegah dan menghindari perkara ini daripada berlaku pada diri kita dan masyarakat .


Langkahnya
    1.Dekatkan diri dengan Allah
    2.Kunjungi majlis ilmu dan para ilmuan
    3.menjalankan kempen serta ceramah untuk mengelakkan perkara ini berleluasa
    4.Tingkatkan amal ibadat
    5.jauhi orang atau tempat yang menarik kita kepada perkara tersebut
   

Banyak lagi langkah yang boleh dilakukan untuk mencegah perkara ini dari berleluasa .Tapi kita perlu ingat dalam kebebasan kita masih ada undang-undang Allah

Comments

Popular posts from this blog

Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian, UKM

ASAS KEMAHIRAN MENOLONG

IMPIAN