Posts

Showing posts from March, 2018

MISKIN ? DILARANG PANDAI

Image
Topik ini dikupas oleh orang yang hebat dan berpengetahuan tinggi. MISKIN ,DILARANG PANDAI ?isu ini menfokuskam kepada gelandangan dan Isu ini amat menarik memandangkan kesempitan hidup yang memaksa dengan kos sara hidup yang tinggi dalam pelbagai aspek . Tapi saya akan terangkan aspek pendidikan yang terbatas disebabkan kemiskinan .Pasti anda rasa mustahil masih ada anak muda yang tidak mendapat pendidikan. Bagi saya tidak, meskipun zaman masa terus beredar dan berubah tapi masih ada segelintir ibu bapa yang tidak mampu untuk memberikan pendidikan yang baik disebabkan faktor sumber pendapatan yang kurang mencukupi.Ia ,memang pelbagai insentif yang telah diberikan untuk membantu masyarakat agar mendapat pendidikan yang cukup .  Ia, memang orang miskin ini makan. Tapi apa yang dimakan?  Adakah kita tahu?  Mungkin makanan itu dikongsi oleh adik beradik yang lain ,mungkin makanan pagi itu dimakan sampai malam . Apakah keperluan asas kita sebagai manusia?  Makanan,Pa...

ASAS KEMAHIRAN MENOLONG

Image
Apa itu pertolongan?  Menolong ? Pelbagai aspek pertolongan yang boleh kita lakukan dan tafsirkan tetapi, menolong dalam konteks yang saya ingin sampaikan adalah pertolongan dalam aspek psikologi iaitu emosi serta pertolongan yang melibatkan aspek kaunselor.  Sebelum kita ingin membantumembantu atau menolong kita perlu mengambil kira pelbagau aspek iaitu diri individu tersebut ,diri kita ,persekitaran ,masalah serta pelbagau lagi . Tidak semestinya hanya kaunselor sahaja yang boleh membantu orang lain, kita juga boleh tapi perlu mengambil kira beberapa aspek ,sebagai seorang yang ingin menolong kita perlu mempunyai ciri tersebut iaitu-:  a)  Mesra b)  tenang c) berfikiran terbuka d )Pendengar yang baik Kemesraan itu paling penting supaya orang yang ingin menceritakan masalah berasa selesa untuk menceritakn masalah merekamereka. Tambahan pula ,seseorang itu juga perlu menjadi pendengar yang baik keranan orang yang bermasalah ini sebenarnya memp...

ALAM KEHIDUPAN

Image
Alam  terbahagi kepada dua sama ada alam dunia ataupin alam akhirat . Alam dunia ataupun kehidupan dunia merupakan kejadian tuhan,sama ada makhluk bernyawa ataupun tidak bernyawa, menjadi teras atau asas dalam kehidupan kita sebagai manusia. Setiap kejadian alam ataupun makhluk yang diciptakan saling berkait rapat dan ada perkaitanya. Tuhan tidak menciptakan sesuatu tanpa sebab dan tuhan tidak menciptakan sesuatu yang hanya sia-sia dalam penciptaanya.Fungsi alam adalah sebagai pendorong kita di atas muka bumi , adakah anda tahu apa kesan kemusnahan alam yang boleh berlaku jika kita hidupan tanpanya?               Alam ini adalah tanggungjawab kita di atas muka bumi , rosaknya alam disebabkan kerakusan manusia itu sendiri memikirkan harta dunia sehingga lupa harta kehidupan . Pernah anda terfikir,jika alam tiba-tiba marah ke atas kita? sungguh dasyat amukkanya. Sayangilah alam kerana alam tiada dua, hanya satu tiada penggantinya. Penja...

LGBT

Image
Apa itu LGBT ? L- lesbian G-Gay B-bisexsual T-Transgender Tidak perlu saya mengulas lanjut kerana saya pasti kita semua tahu maknanya. Perkara ini kian menjadi isu hangat di dalam negara serta luar negara.  Gejala dan kegiatan ini bertentangan dengan sistem kehidupan normal seseorang manusia, akan tetapi mengapak ia telah menjadi suatu perkara yang biasa di dunia amnya dan Malaysia khasnya? Berikutan telah diuar-uarkan kelulusan penukaran gender terhadap lelaki atau perempuan di negara ini, gejala LGBT semakin menjadi-jadi dalam kalangan anak muda ibarat mengantuk disorongkan bantal. Tindakan golongan ini bukan sahaja memperlekeh kesucian agama Islam dan perundangan Malaysia, malah boleh menggugat ketenteraman awam dan keamanan agama.  Mereka mengatakan itu adalah hak individu dan hak bebas mereka tapi kita lupa sebagai individu juga, hak itu mempunyai keterbatasan ,terutama sekali golongan islam.  Islam melarang keras isu ini kerana menyesatkan dari fitrah dan lumra...